THINGS CHANGE AND SO DO PEOPLE.


I go by Idaman.

I like to travel, read, write, dance and pretend. At the moment I am suffering an insufferable phase of self-aggrandizement, premature maturity and lack of wit. If you think you can help me out of this funk, write me at idaman.z@gmail.com

main previous next archives pastlife

Telan Bulan, atau, Maksud Rindu
2008-03-25


Bulan pun jauh sesat dari ambang
dan bau-bau rindu pun hilang

Malam kelmarin
Bila salji dan angin
Sama beriring mementas
tari kiamat kutub
Serigala galak berlagak
Mahu telan bulan, katanya
Anjing terbazir salak
Malam ini langit hilang purnama

Dalam sepi aku rasa di pinggir kafir
Diteman abu kelabu rokok dan arak hitam

Bait-bait ini kurang seni, aku tahu
Tapi kalau jiwa dan hati
mengidam puisi
Aku tak sanggup menyerah
Aku tak redha melaung kalah

Malam ini pasang surut pelabuhan
Merangkak dalam diam
Tiada ribut menjahanam sampan-sampan perawan
Dan aku?
Tiada ribut dalam perut
yang mahu menjerut
tolak asak hela hembus hangat
Dendam kulit untuk diulit
Aku padam.
Yang aku ingin, yang aku idam
Hanya rokok
Hanya asap yang cerdik selok belok
Cium belai
Ulas kata bahasa

Kalau ini maksudnya rindu
Aku rela terbuang


31 Januari 2008






main previous next archives pastlife

hosted by DiaryLand.com